Monday, April 5, 2010

Bunga Segar dari Cameron

Ok di sini aku nak beri sedikit informasi berkenaan bunga segar (harap membantu cik jihaa yg bertanya) , berdasarkan pengalaman merancang majlis perkahwinan sendiri oktober lepas, aku dapati kehadiran bunga segar ni impak dia sangat berbeza. Nampak pelamin dan dekorasi bilik tidur tu lebih hidup.

Memandangkan aku duduk di area Ipoh jadi salah satu alternatif nye aku pergi la ke cameron untuk cek harga bunga kat sana, tak di nafikan memang murah! Well kalau compare dengan harga kita beli dekat kedai bunga atau pasar besar memang murah sesangat la. Tapi korang kena tengok juga jarak dari rumah ke cameron, kos minyak dan tol sama ada berbaloi tak nak pergi ke Cameron semata-mata nak dapat bunga harga murah ni.

Jadi ini kira2 aku masa beli bunga hari tu :-

Pelamin nikah

300 daisy (warna peach dan krim)
- RM 100

Pelamin sanding

1000 ros (merah)
- RM 400

Tips nak dapat harga murah:-

1- Beli banyak2 semestinya.
2- Beli hari biasa (musim cuti sekolah harga naik mendadak)
3- Deal dengan owner sendiri.

Kepada yang berminat nak cuba2 tanya harga kat sana leh try contact Mr Ken aka the owner salah satu flower shop dekat Kea Farm yg famous tu. Muda lg Mr Ken ni, very nice person. (sebab dpt byk bunga tambahan extra for free! hee)

Mr Ken - 012 4416687

Btw Mr Ken ada sorang maid aka pembantu kedai (warga indonesia), orang nye memang sweet dan helpful pasal tips jaga bunga2 ni.

Tips dari aku, masa nak ambil bunga ni sebaik2nya 2 hari sebelum majlis kita. Contoh nya ahad majlis nikah, bunga tu boleh ambil jumaat. Hari sabtu dah boleh buat deko, tapi pasti kan bunga yg diambil separuh kembang. Sebab nak ke hari ahad tu kita dah rendam dalam air n betul2 full bloom pada hari ahad tu, 1 lagi bila nak gubah bunga tu kalo boleh buat la malam majlis tu baru esok pagi nya bunga kekal segar.

Itu saja dari aku, harap dapat membantu bakal-bakal pengantin di luar sana. Jumpa lagi!