Wednesday, October 27, 2010

Setahun sudah!

Salam!

25 oktober 2010

Double celebration for me!

Hari lahir aku yang ke 24
& Ulangtahun perkahwinan pertama aku dan sharil.

Yippee!

Cepat betul masa berlalu kan?


Tanggal 25 Oktober 2009, aku selamat dinikahkan kepada lelaki tercinta ketika usia aku genap 23. Sekarang, pejam celik dah setahun kami hidup bersama. Alhamdulillah, cinta dan kasih sayang masih kukuh dan makin bertambah hari ke hari. Terima kasih ya Allah kerana memakbulkan doa aku dan dia, daripada jadi suami isteri yang PJJ selama 6 bulan, akhirnya kami dapat duduk sebumbung sehingga sekarang. Kalau tidak asyik meroyan rindu je, hehe.

Sayangnya belum genap setahun kami bersama, ayah mentuaku dah pergi dulu. Sedih tengok video pernikahan bila nampak gambar abah dan sharil berpelukan. = (
Sekarang semua tinggal kenangan, semoga abah bahagia di sana. Al-Fatihah.



So untuk double celebration 25 okt hari tu, kami tak pergi jauh2 pun. Masa dan bajet tak mengizinkan buat masa ni, jadi kami plan buat candlelight dinner sendiri di Restoran No 30 Sekiah Makmur, hehe..lagi seronok sebab leh pakai baju seksi, hahahha.
(gambar di atas untuk umum, so aku dan dia cover up la..hehe)


Ini menu malam 25 okt 2010 harri tu, lets check out our simple dish!

appetizer
tomato stuffed with chicken bolognese & cheese

main course
grill lamb with baked potato & mixed vegetable & black pepper sauce!
(hee aku suka lamb dan baunya, wangi...yummm..)

roasted beef with baked potato & mixed vegetable & black pepper sauce!
(sharil suka lembu, tak tahan bau kambing..hehe)

dessert
Kek Indulgence & Double Dutch Ice Cream

BUURPPP....secara jujurnya, sampai main course je aku dah kenyang dan tak lalu makan dessert, tu sebab bazir kalau aku makan course set ni kat hotel @ restoran. Gerenti main course pun tak habis!


Hehe apa pun malam tu memang best, dengan lilinnya, alunan musik (pasang cd lagu2 piano..siap menari skali), makanan yang sah2 sedap dan bersih (hehe tu untung masak sendiri), minum sparkling juice, lepas tu dapat pula surprise bunga dari sayang, lagi buat kan keseluruhan malam tu sangat romantis!

Compare dengan last candlelight dinner masa honeymoon last year that cost us RM300, kali ni lebih romantik, selesa, sedap dan tak mahal pun!

Bila dah besar ni, hadiah yang ternilai bagi aku adalah orang yang disayangi ada di sekeliling kita dan mengucap n mendoakan kebahagiaan aku.

Walau pun tak dapat belikan sharil hadiah anniversary dan vice versa, tapi a little surprise macam flower tu pun dah cukup menggembirakan. =D
Yang penting sayang masih ada bersama, because he's the greatest gift i can ever get. Muuaaah! Sayang awak sharil, semoga cinta kita kekal ke akhir hayat dan akhirat nanti.

Terima kasih sangat pada abah,mak,abg zul, abg hab, adik, ashie, dan semua rakan2 yang banyak wish dan masih berada dalam hidup insan bernama Nurul Jannah Supian ni, sayang semua!! Muuax!


p/s : By the way, sabtu lepas dah pergi genting! Geeeee..malangnya balik seronok2 tu aku keracunan makanan, asyik muntah2 je. Haaa lega sekarang dah ok..ti aku upload gambar kemudian ok! taa!



Sunday, September 5, 2010

Ohooo raya pertama


Salam,

Cepat sungguh masa berlalu, terasa baru je berpuasa dah nak habis. InsyaAllah aku minta pada Tuhan ketemukan lagi Ramadhan Al-Mubarak ini tahun depan, amin.

Tahun ni kira pengalaman pertama aku bersahur,berpuasa, dan berbuka sama si dia, heee..memang seronok! Alhamdulillah aku syukur sesangat dapat kekasih yang bukan saja tolong bangun pagi masak sahur, tapi siap tolong plan menu berbuka dan masak sekali dan yang bestnya tolong si bini buat kuih raya! Hehe lega sungguh dapat husband macam ni, bukannya yang mengarah isteri tapi memanjakan isteri. Baru lah betul peranan suami, bukan jadi kan isteri hamba tapi menjadi partnership. Harap-harap lebih ramai kaum adam yang memahami konsep berkahwin bukan untuk jadikan isteri si amah, tukang masak atau pencuci dobi tegar. Benci kaum lelaki yang masih berfikiran dangkal tentang tugas isteri.

So, puasa dah nak habis..raya nak dekat, agak-agak aku akan mengalami tak dilema suami isteri itu? Hehe..insyaAllah tidak, sebab rumah orang tua aku dan dia jarak setengah jam je nak sampai, soal pagi raya kat mana tak kisah pun..yang penting makanan wajib kena ada. Jadi untuk tahun ni pagi raya aku akan berada di Ipoh, bagi peluang kat dia berada di sisi famili, memandangkan ayah dia baru meninggal 2 bulan lepas jadi pasti pagi raya ni feeling yang lain =(
Huhu..agak sedih, tapi aku ingat kan husband jangan terbawa-bawa kesedihan sehingga terlupa yang Hari Raya itu hari meraikan kemenangan juga. Dan yang penting, hari pertama kami menyambut bersama. Petang raya aku akan berada di Malim Nawar makan nasi impit, rendang ayam tua, kuah kacang, dan kuah lodeh mak! Harap-harap mak buat sambal goreng jawa sekali, mengidam yang itu (oiit bukan mengidam mengandung yea). Ohh tak sabar nak raya!

Ironinya raya pertama sebagai suami isteri nanti akan ada 2 rasa, rasa kehilangan seorang ahli keluarga (ayah mertuaku) dan rasa kegembiraan bersama orang baru dalam keluarga (menantu baru ada 2 tahun ini). Hati kecil mengingat kan si dia supaya adil dengan kedua-dua rasa, kalau terlebihkan yang pertama, kasihan pada yang kedua.

p/s : Aku nak memohon maaf pada semua yang mengenali, kalau sepanjang tahun lepas ada mengutuk (atau terkutuk) dan mengumpat (atau terumpat) dan apa-apa salah silap yang di buat sedar @ tak sedar, aku minta maaf buat semua dari rakan-rakan sekolah SMIK, UiTM, INSTUN dan sesiapa yang mengenal Cik Puan Jannah ni. Kita back to ZERO ok!

p/s II : Jemputlah datang teratak kami di Tanjong Malim, yang penting sebelum datang roger dulu ok? Nanti kami masak sedap-sedap punya, hehe..Selamat Menyambut Lebaran semua!

Tuesday, August 31, 2010

Jalan-jalan Pulau Jawa

Kawah Ijen dekat Surabaya-kalau tak silap saya

Tahun 2011 sudah ada perancangan untuk ke Pulau Jawa, 3 kawasan yang menjadi perhatian iaitu Surabaya, Yogyakarta, dan Bandung. Asalnya nak bawa member baru kahwin honeymoon di Bali, tapi bila di fikirkan semula Bali baru je pergi tahun ni so cari tempat baru nak di lawati. Sorry ye nazim, kak liya sebab terjanji awal nak pergi bali sama-sama, tapi kalau ada tiket murah nanti kita cuba plan sama-sama lagi ok!

Nasib baik ada abang kandung yang bakal jalan-jalan sekali, so dapat jimatkan kos. Hehe.

Buat masa ni aku dah dapat tempah tiket pulang dari Bandung ke KL pada harga RM16 je untuk 2 orang..sekarang tengah tunggu promo Airasia untuk tiket pergi ke Surabaya pulak.

So apa yang best kat tempat-tempat ni?

Ini salah satu pura @ temple di yogya

Semestinya makanan (nyum..nyum) dan melihat keindahan alam, meluaskan pemandangan dan membuka fikiran. Itulah tujuan aku nak jenjalan, melihat tempat orang dan kehidupannya. Sayang pergi Bali hari tu tak dapat makan makanan tradisi di sana sebab guna haiwan itu, hehe..kalau lah itu lembu kan best..umm lembu guling ganti babi guling..sodap kot!

Mount Bromo -kalau tak silap pemadangan dari Mt. Penanjakan

p/s : gambar di atas secara am je tempat-tempat nak pergi, selain itu kena sampai sana baru tahu sendiri. Aku bakal ambil cuti hampir 2 minggu nak pergi sana..hee tak sabarnya!!

Dia yang sudah 24

Selamat hari lahir ke 24 sayang!


Hari jumaat lepas merupakan ulang tahun ke 24 En. Sharil Mat Esa, 1st time ni celebrate birthday dia as my hubby, nak buat surprise untuk dia memang la susah. Bukan susah apa, aku jenis yang pergi kemana mesti dengan dia, lepas tu selalu bab-bab surprise ni dia yang pro sikit kalau aku buat mesti tak jadi surprisenya. Huhu.

Pendekkan cerita aku plan dengan kawan dia Epoy dan Intan melalui SMS je, untuk bagi kejutan masa kami buka puasa ramai-ramai di Heritage Hotel sabtu lepas, ni hotel tempat lama dia berkerja..so memang semua orang dia kenal. Hampir-hampir dekat pukul 9 kami pun surprise kan dengan sebiji kek aiskrim Brownie Bunch @ Baskin Robbin dengan iringan musik piano lagu Happy Birthday.
Hehe..yang kelakarnya muka sayang sangat blur masa dengar lagu besday tu, siap kata "besday sape ni? besday sape ni?" memang blur sangat sayang masa tu. Sebab dia memang tak expect langsung yang aku boleh plan sesuatu tanpa dia dapat bau-bau bacang pun (hahahahhaha..berjaya!).

Best part sepanjang perjalanan balik tak henti-henti dia senyum kat aku. Ooo rasa berbaloi sangat bila dapat buat dia gembira dan terharu. Dia sendiri yang bilang dia rasa tersentuh, sebab sepanjang dia kerja kat hotel tu dia yang selalu jadi tukang bawak kek untuk surprise besday guest yang request, kali ni setelah 5 tahun pernah berkerja di situ dia pulak jadi guest itu.

Terima kasih daun keladi untuk semua rakan-rakan F&B dan Kitchen di hotel Heritage Ipoh sebab memeriahkan a simple birthday surprise untuk Sharil. Aku tahu dia memang tak akan lupa sampai bila-bila, itu pasti. =)

Buat sayang,
Nurul doa yang terbaik untuk awak Sharil sayang, InsyaAllah cinta dan kasih sayang kita akan kekal hingga ke Al- Jannah. Amin. Mmmuah!

p/s : Besday gift awak kita pergi jalan-jalan kat genting tempat lama kita dating ok!
Mari menghidupkan zaman nakal ketika itu, hehe.




Thursday, August 26, 2010

Berdua lebih baik.

Dulu masa zaman kanak2 aku pasang hajat nak beranak umur 18 tahun sebab nanti bila dah umur 30 anak aku dah besar, dan ibunya masih muda. Tapi itu dulu..

Sekarang, aku dah menginjak ke 24 tahun dan menggunakan perancang keluarga. Aik ape jadi hajat nak cepat beranak tu? Huu..banyak faktornya..

Pertama
Aku tak bersedia dari segi mental untuk menjadi a mother figure.
Tanggungjawab membesarkan seorang bayi buat masa ini terasa sangat meletihkan emosi,fizikal dan mental. Aku memang tak sedia untuk itu.

Kedua
Ekonomi. Memang aku dan dia berkerja tapi bagi aku apa yang diperolehi tidak lumayan untuk membesarkan seorang bayi dalam keadaan serba ok (bukan sempurna). Aku tahu rezeki akan ada, tapi kalau peluang tiada macam mana nak berusaha untuk mendapat rezeki itu. Tuhan tak turunkan rezeki tanpa ada usaha, betul tak? Itu aku tak suka orang cakap nanti ada lah rezeki tu, ia sangat subjektif ok. BTW kami memang sedang berusaha mencari peluang itu. InsyaAllah dapat peluang akan disusuli usaha keras dan doa supaya diberi rezeki oleh Tuhan.

Ketiga
Honeymoon. Aku rasa belum puas berdua, aku masih nak jalan2 tanpa perlu fikir tentang si kecil yang akan menangis, merengek, muntah, dan segalanya. Nanti kalau ada bayi tak boleh jalan2 macam sekarang, leceh.

Maaf bunyi macam tak baik kan, tapi buat masa ini lah persepsi aku.

Doakanlah yang satu hari nanti hati ini akan terbuka untuk memiliki si kecil yang comel itu, tapi suatu hari tau..bukan sekarang pastinya!

Alhamdulillah, aku di kurniakan suami yang memang memahami dan menyokong.
Terima kasih sayang! =)


Tuesday, August 24, 2010

AZAM BARU

Salam,

Ok catatan ni ringkas je, memandangkan setelah sekian lama virus malas bertapak dalam hati jadi blog ini pun langsung tak di update.

Dengan semangat baru yang datang, aku akan cuba blog serajin mungkin tentang kisah selepas kahwin selepas ini.

Ok malas datang dah, GOODBYE!

Monday, April 5, 2010

Bunga Segar dari Cameron

Ok di sini aku nak beri sedikit informasi berkenaan bunga segar (harap membantu cik jihaa yg bertanya) , berdasarkan pengalaman merancang majlis perkahwinan sendiri oktober lepas, aku dapati kehadiran bunga segar ni impak dia sangat berbeza. Nampak pelamin dan dekorasi bilik tidur tu lebih hidup.

Memandangkan aku duduk di area Ipoh jadi salah satu alternatif nye aku pergi la ke cameron untuk cek harga bunga kat sana, tak di nafikan memang murah! Well kalau compare dengan harga kita beli dekat kedai bunga atau pasar besar memang murah sesangat la. Tapi korang kena tengok juga jarak dari rumah ke cameron, kos minyak dan tol sama ada berbaloi tak nak pergi ke Cameron semata-mata nak dapat bunga harga murah ni.

Jadi ini kira2 aku masa beli bunga hari tu :-

Pelamin nikah

300 daisy (warna peach dan krim)
- RM 100

Pelamin sanding

1000 ros (merah)
- RM 400

Tips nak dapat harga murah:-

1- Beli banyak2 semestinya.
2- Beli hari biasa (musim cuti sekolah harga naik mendadak)
3- Deal dengan owner sendiri.

Kepada yang berminat nak cuba2 tanya harga kat sana leh try contact Mr Ken aka the owner salah satu flower shop dekat Kea Farm yg famous tu. Muda lg Mr Ken ni, very nice person. (sebab dpt byk bunga tambahan extra for free! hee)

Mr Ken - 012 4416687

Btw Mr Ken ada sorang maid aka pembantu kedai (warga indonesia), orang nye memang sweet dan helpful pasal tips jaga bunga2 ni.

Tips dari aku, masa nak ambil bunga ni sebaik2nya 2 hari sebelum majlis kita. Contoh nya ahad majlis nikah, bunga tu boleh ambil jumaat. Hari sabtu dah boleh buat deko, tapi pasti kan bunga yg diambil separuh kembang. Sebab nak ke hari ahad tu kita dah rendam dalam air n betul2 full bloom pada hari ahad tu, 1 lagi bila nak gubah bunga tu kalo boleh buat la malam majlis tu baru esok pagi nya bunga kekal segar.

Itu saja dari aku, harap dapat membantu bakal-bakal pengantin di luar sana. Jumpa lagi!