Tuesday, August 31, 2010

Jalan-jalan Pulau Jawa

Kawah Ijen dekat Surabaya-kalau tak silap saya

Tahun 2011 sudah ada perancangan untuk ke Pulau Jawa, 3 kawasan yang menjadi perhatian iaitu Surabaya, Yogyakarta, dan Bandung. Asalnya nak bawa member baru kahwin honeymoon di Bali, tapi bila di fikirkan semula Bali baru je pergi tahun ni so cari tempat baru nak di lawati. Sorry ye nazim, kak liya sebab terjanji awal nak pergi bali sama-sama, tapi kalau ada tiket murah nanti kita cuba plan sama-sama lagi ok!

Nasib baik ada abang kandung yang bakal jalan-jalan sekali, so dapat jimatkan kos. Hehe.

Buat masa ni aku dah dapat tempah tiket pulang dari Bandung ke KL pada harga RM16 je untuk 2 orang..sekarang tengah tunggu promo Airasia untuk tiket pergi ke Surabaya pulak.

So apa yang best kat tempat-tempat ni?

Ini salah satu pura @ temple di yogya

Semestinya makanan (nyum..nyum) dan melihat keindahan alam, meluaskan pemandangan dan membuka fikiran. Itulah tujuan aku nak jenjalan, melihat tempat orang dan kehidupannya. Sayang pergi Bali hari tu tak dapat makan makanan tradisi di sana sebab guna haiwan itu, hehe..kalau lah itu lembu kan best..umm lembu guling ganti babi guling..sodap kot!

Mount Bromo -kalau tak silap pemadangan dari Mt. Penanjakan

p/s : gambar di atas secara am je tempat-tempat nak pergi, selain itu kena sampai sana baru tahu sendiri. Aku bakal ambil cuti hampir 2 minggu nak pergi sana..hee tak sabarnya!!

Dia yang sudah 24

Selamat hari lahir ke 24 sayang!


Hari jumaat lepas merupakan ulang tahun ke 24 En. Sharil Mat Esa, 1st time ni celebrate birthday dia as my hubby, nak buat surprise untuk dia memang la susah. Bukan susah apa, aku jenis yang pergi kemana mesti dengan dia, lepas tu selalu bab-bab surprise ni dia yang pro sikit kalau aku buat mesti tak jadi surprisenya. Huhu.

Pendekkan cerita aku plan dengan kawan dia Epoy dan Intan melalui SMS je, untuk bagi kejutan masa kami buka puasa ramai-ramai di Heritage Hotel sabtu lepas, ni hotel tempat lama dia berkerja..so memang semua orang dia kenal. Hampir-hampir dekat pukul 9 kami pun surprise kan dengan sebiji kek aiskrim Brownie Bunch @ Baskin Robbin dengan iringan musik piano lagu Happy Birthday.
Hehe..yang kelakarnya muka sayang sangat blur masa dengar lagu besday tu, siap kata "besday sape ni? besday sape ni?" memang blur sangat sayang masa tu. Sebab dia memang tak expect langsung yang aku boleh plan sesuatu tanpa dia dapat bau-bau bacang pun (hahahahhaha..berjaya!).

Best part sepanjang perjalanan balik tak henti-henti dia senyum kat aku. Ooo rasa berbaloi sangat bila dapat buat dia gembira dan terharu. Dia sendiri yang bilang dia rasa tersentuh, sebab sepanjang dia kerja kat hotel tu dia yang selalu jadi tukang bawak kek untuk surprise besday guest yang request, kali ni setelah 5 tahun pernah berkerja di situ dia pulak jadi guest itu.

Terima kasih daun keladi untuk semua rakan-rakan F&B dan Kitchen di hotel Heritage Ipoh sebab memeriahkan a simple birthday surprise untuk Sharil. Aku tahu dia memang tak akan lupa sampai bila-bila, itu pasti. =)

Buat sayang,
Nurul doa yang terbaik untuk awak Sharil sayang, InsyaAllah cinta dan kasih sayang kita akan kekal hingga ke Al- Jannah. Amin. Mmmuah!

p/s : Besday gift awak kita pergi jalan-jalan kat genting tempat lama kita dating ok!
Mari menghidupkan zaman nakal ketika itu, hehe.




Thursday, August 26, 2010

Berdua lebih baik.

Dulu masa zaman kanak2 aku pasang hajat nak beranak umur 18 tahun sebab nanti bila dah umur 30 anak aku dah besar, dan ibunya masih muda. Tapi itu dulu..

Sekarang, aku dah menginjak ke 24 tahun dan menggunakan perancang keluarga. Aik ape jadi hajat nak cepat beranak tu? Huu..banyak faktornya..

Pertama
Aku tak bersedia dari segi mental untuk menjadi a mother figure.
Tanggungjawab membesarkan seorang bayi buat masa ini terasa sangat meletihkan emosi,fizikal dan mental. Aku memang tak sedia untuk itu.

Kedua
Ekonomi. Memang aku dan dia berkerja tapi bagi aku apa yang diperolehi tidak lumayan untuk membesarkan seorang bayi dalam keadaan serba ok (bukan sempurna). Aku tahu rezeki akan ada, tapi kalau peluang tiada macam mana nak berusaha untuk mendapat rezeki itu. Tuhan tak turunkan rezeki tanpa ada usaha, betul tak? Itu aku tak suka orang cakap nanti ada lah rezeki tu, ia sangat subjektif ok. BTW kami memang sedang berusaha mencari peluang itu. InsyaAllah dapat peluang akan disusuli usaha keras dan doa supaya diberi rezeki oleh Tuhan.

Ketiga
Honeymoon. Aku rasa belum puas berdua, aku masih nak jalan2 tanpa perlu fikir tentang si kecil yang akan menangis, merengek, muntah, dan segalanya. Nanti kalau ada bayi tak boleh jalan2 macam sekarang, leceh.

Maaf bunyi macam tak baik kan, tapi buat masa ini lah persepsi aku.

Doakanlah yang satu hari nanti hati ini akan terbuka untuk memiliki si kecil yang comel itu, tapi suatu hari tau..bukan sekarang pastinya!

Alhamdulillah, aku di kurniakan suami yang memang memahami dan menyokong.
Terima kasih sayang! =)


Tuesday, August 24, 2010

AZAM BARU

Salam,

Ok catatan ni ringkas je, memandangkan setelah sekian lama virus malas bertapak dalam hati jadi blog ini pun langsung tak di update.

Dengan semangat baru yang datang, aku akan cuba blog serajin mungkin tentang kisah selepas kahwin selepas ini.

Ok malas datang dah, GOODBYE!