Wednesday, November 25, 2009

Sebulan menjadi isteri..ok ke?

Salam!

Semalam genap sebulan ulangbulan pertama kami sebagai suami isteri, hehe..macam tak percaya dah jadi bini orang pun ada. So far kehidupan tak beza sangat dengan hidup waktu solo dulu.
Kami hidup ala2 pjj gitu. Dia di ipoh, aku di tg malim. Hujung minggu baru la kami jumpa, so tanggungjawab dan tugas2 sebagai suami atau isteri tak la full lagi.
Hee..tapi yang bestnya mungkin sebab dah lama sangat bercinta sebagai bf/gf, kadang2 terlupa yang status dah tukar. So aku rasa sebulan menjadi isteri tak jauh beza dengan 5 tahun kami jd bf/gf.
Perbezaan yang ketara sekarang bila balik rumah masing2 dah boleh tidur kat bilik masing2. Hahaha..dulu time zaman dating ada time limit sekarang bebas ronda2 sampai pagi buta.
Ok dah rasa malas nak taip, jumpa lain entri!

Wednesday, November 18, 2009

dari nikah ke resepsi ke outdoor

Ini serba sedikit gambar2 yang ada di majlis nikah dan resepsi ku. Tema cream, peach, merah, dan putih jadi background colour dari awal sampai akhir kahwinku.



Hiasan bilik yang simple dan moden.

Outdoor lombong depan rumah di malim nawar. (Gambar tak rasmi)


En suami posing dah penat. Hehe.



Kek yang di tempah dari feenacakes.blogspot.com dari ipoh. Buttercream cake! Recommended pada warga ipoh semua! (dari tunang sampai kahwin tempah kat kak feena ni je, dijamin sedap!)





Gambar tak rasmi pada majlis hari tu, baju ini kami tempah dan jadi hakmilik sepenuhnya.

Baju pengantin perempuan tempah di Butik Syahirah @ Udaimatunnur kat Rawang.

Baju pengantin lelaki tempah di kedai baju kat Yik Fong tu. (cek entri lain berkaitan baju untuk harga)


Hutan betul2 belakang rumah.


Saat nak dinikahkan, baju nikah ni paling simple dalam sejarah.


Menerima mas kahwin. En suami buat sendiri ni.



Gambar2 nikah dirakam kan oleh Faiz Naquiddin, nak tengok hasil kerja dia lawat http://shutterpix.net/ Faiz ni junior suami ku masa high school dulu, memang puas hati hasil kerja dia!


pelamin nikah-guna fresh flower beli direct di Cameron, lebih murah!
















Wednesday, October 28, 2009

NIKAH - DONE!

Salam!

Aku terima nikahnya Nurul Jannah Binti Supian dengan mas kahwin Rmxxxx tunai.

Wooohooo im married n with only 1 lafaz!

Best part on my nikah day :-

1-My dad is the one who wed me to sharil, the moment was touching as im the only daughter in the family.

2-Sharil make it with one lafaz!

3-Both mummy crying. Sweet and touching sangat!

4-The speech from my father to sharil is the most memorable. And we record it!

5-The evening fill with laughter and joy especially the nikah's witness!

Thats it for the day!

Saturday, October 10, 2009

15 hari ke akad nikah!

Sangat berdebar!

Percaya atau tidak, petang tadi kami baru confirm kan katering dan trus buat pembayaran. Hehe..aku untung dapat saudara yang memang buat bisnes katering, dan tak berkira!

Harga 1 kepala = RM6

JUMLAH = RM 6000

Tapi yang best, dia bagi tambahan 200, kira untuk 1200 kepala semuanya.

Menu yang dah selamat di tetapkan salah satu nya rendang tok! Yang lain2 biasa2 je, tapi untuk harga RM6 tu kami dapat 4 lauk, dan percayalah kalau katerer biasa tak kan dapat nya harga cam tu, lagi2 ada rendang tok yang memang sangat la sukar proses masak nya.

Well, ari tu aku dah naik cameron, jumpa Mr. Ken a.k.a penjual bunga kat Kea Farm, C.highland. Settle order bunga segar untuk pelamin nikah dan sanding! Hehe..harga seperti berikut :-

300 daisy putih = RM 100

1000 ros merah hati = RM 400

Ok itu saja serba sedikit, jumpa lagi!

Tuesday, September 22, 2009

Kad kahwin

Wah lega kad kahwin dah siap dan menepati citarasa aku yang simple!
Aku tempah 500 kad di ipoh pada harga rm1.20, dan sekarang dalam proses letak rama2 dan riben.

Mahal tak harga kad tu? Bagi aku tidak. Sebab kad yang kami tempah ni unik sikit, dia ada 3 kad dalam 1 kad. Wah pening yea? hehehe meh aku terangkan!

Lapisan pertama kad = tracing paper nama aku dan dia
Lapisan kedua kad = jemputan perempuan
Lapisan ketiga kad = jemputan lelaki
Ketiga2 lapisan ni kemudian di tebuk lubang dan di ikat dengan riben, baru la jadi 1 kad!

So aku memerlukan 500 kad dan si dia nak 350 kad, jadi langkah penjimatan yang kami buat adalah dengan memisah kan kad aku dan dia dan tracing paper tu pun ambik separuh2. Kira harga kad semua rm600, tapi aku bayar separuh je n dia bayar separuh lagi, tempah kad 500 tapi dapat buat undangan 850, jimat tak?? So lepas ni cari la kad macam ni tak yah bazir2 yang belah laki bagi kat jemputan perempuan dan sebaliknya. Jimat tau.

Jadi ada separuh kad jemputan aku kira tak de lah tracing paper ni, tapi tak de hal aku kan ala2 kreatif sikit, so langkah mencantikkan kad yang simple tu maka berpulun2 aku melekat rama2 merah dan beli riben extra untuk bagi cantik sikit. Hahaha korang yang dapat kad tu nanti tgk la hasil nya k! Tapi bagi aku memang kad yang simple macam tu la aku perlukan, tak payah nak berwarna warni, berbunga berkeris, dan tulisan berkerawang2.

Untuk itu wahai rakan2 yang tak hantar alamat anda pada saya, lekas2 submit kat blog,emel,facebook, or friendster saya k! sapa lambat nasib la..hahaha..peruntukan kad aku limited pada 150 orang pertama je! K jumpa lagi!

Monday, August 10, 2009

Bajet

Bercakap tentang bajet, ni nak beritahu idea kasar yang baru aku cek. Perhatikan nilai nya macam tak percaya pun ada. Tapi ini baru anggaran la, belum yang betul2. Mana duit2 tu akan datang, hanya Allah yang tahu. Hehe.

1. Katering 1000 pax

Rm 7.00 * 1000 = RM 7000
2. Kanopi

RM 200 * 5 = RM 1000

3.Pelamin, gerbang, dekorasi bilik, majlis & makeup

RM 1500

4. Jurugambar nikah & resepsi

RM 1500

5.PA system, red carpet, kompang

RM 500

6. Kad kahwin

RM 300

7.Kek

RM 300

8. Cenderahati 1000 pax

RM 2000

9. Kos2 tersembunyi (petrol, kredit tipon, makan2) dan pelbagai lagi benda2 kecil yang akan timbul kemudian hari.

RM 1000


TOTAL KOS



RM 15000



p/s: rasa2 nya ini masih jumlah yang munasabah untuk majlis kahwin sekarang, percaya tak aku tinggal kan videografer so kalau campur kos tu dan pelbagai lagi mahu juga dekat RM 20000 termasuk kos baju pengantin dan keluarga, kenduri kecil2, cadar, cat rumah, dan macam2 lagi.

p/s 2: Ingat tak majlis tunang? Uhmmm, buku bajet dari belah aku dan sharil setelah di campur2 dan tambah (tolak tak de langsung), jumlah kos tunang pun dah cecah RM 5000.

p/s 3: Dengan itu sekarang sekiranya anda berkahwin pasti kan kedua2 pasangan atau melalui bank PAMA (papa mama) atau melalui mana2 sumber yang bukan along, duit mesti ada RM30000. Kalau tak jangan harap nak buat majlis kahwin, kalau anda rasa perkara di atas membazir, buat la akad nikah dengan mas kahwin RM80 tanpa cincin atau pelbagai lain. Kahwin kat rumah tok kadi (upah dia pun ada tau), 2 saksi, 1 wali, lepas tu balik singgah mamak buat makan2. Maka jadi lah majlis kahwin paling bajet sekali. Tak sampai RM500 weh.

Jumpa lagi!












Sunday, August 9, 2009

Her Big Day

Da da da da da da (bridal march) da da da dum!

Here comes the bride!

Now officially a wife.

Hehe not me but my best friend ashie niesha!

Leganya majlis dia dah abis, tema hitam putih. Memang kena dan cantik, tu warna kegemaran ashie dan suami. Aku dan sharil yang jadi pengapit sedondon pink memang terasa capek 3 hari lepas, tapi macam2 kenangan yang aku,sharil,diyana, rahim (suaminya) dan 1 family terutama dengan shariza lalui. Keluh kesah, penat kesana sini, dan macam2 lagi la.

Ini ringkasan momento yang aku tak kan lupa. Haha.

1-trip ke banting yang penuh dengan gelak tawa sehari sebelum majlis. 3 perempuan 1 laki. Haha shariza siap kata ni la parti buih ala2 bachelorette party n en tunang aku The Stripper. Haha, it was the best trip ever. Lot of lauhgter n joy. We all even sneak to have secret recipe at shopping mall 12 hour before the wedding!

2-Flower girl pengantin sangat tak ceria n menyakitkan jiwa. Hahha, sory ash tapi patut pilih budak besar skit! Susah gila nak jalan nya, aku nak pegang payung, nk kipas pengantin pastu tambah pula keje jadi penunjuk @ penolak bdak kecil. Sabar je la.

3-Penganti lelaki terkena sesuatu. Hahahaha. Nasib baik la baju ada 2 kalo tak puan asniza berarak la sesorang. Hehe.

4-Malam berinai yang ringkas tapi meaningfull for me and my bestfried. Kasihan en tunang menunggu sampai tidur dalam kereta. Sowee bee. Best part i got a gift from ashie. Thank and its so sweet dear, will keep it forever.

5-Shariza dah pakai lawa kene jadi runner bawa beg sekolah kehulu hilir mengendong duit berkepuk2 sorok dalam almari. Haha. Macam bank bergerak je. Hee but good job sha!

Ok ringkasan nya ini je la, benda2 kecil yang berlaku banyak untuk di jadi kan tips bila aku nak buat persediaan ni. By the way, aku suka sangat tengok en tunang menolong dan membantu buat kerja waktu kenduri, he lo0k so s.e.x.y. Ummmmm. K taa!


Wednesday, August 5, 2009

Melepaskan

Pertama kali dalam hidup ni aku dapat merasakan perasaan bila kita terpaksa melepaskan seseorang tu pergi. Hakikatnya melihat seorang sahabat yang di sayangi melangkah ke alam perkahwinan umpama rasa ditinggalkan, dan dipisahkan. Sejujurnya sebelum ni aku tak pernah rasa kehilangan sebagaimana yang dirasakan sekarang, mungkin kerana aku yang tak bersedia untuk melepaskan dia pergi lagi.
Sebagai sahabat aku wajib menyokong keputusan yang telah dibuat, walau hati terasa berat melihatnya. Untuk itu sepanjang tempoh 2 bulan yang lepas aku banyak mendengar dan membaca tentang perasaan ini sebagai terapi untuk aku.
Alhamdulillah memalui pembacaan, perbualan yang jujur dan luahan hati sebenar, aku sekarang lebih memahami apa itu persahabatan, dan isu2 yang perlu aku terima tentang perbezaan dunia persahabatan dan perkahwinan.
Aku harus akui kadang2 kita tak sependapat dalam sesetengah perkara tetapi akhirnya aku perlu sedar itu adalah hak individu yang mana kita sebagai rakan hanya berada di sisi memberi sokongan, nasihat, bantuan dan apa yang terdaya kita berikan.
Sepanjang 10 tahun aku menjadi seorang sahabat, baru kali ni aku boleh mengerti apa itu sahabat yang sebenar.
Banyak perkara pahit dan manis yang aku lalui sepanjang persahabatan kami, kalau nak dikira memang tak terkira. Semua tu memori yang memang tak kan lupa, itu lah memori yang mematangkan kami sikit demi sikit, sokongan yang diberikan dalam 10 tahun tu lah yang menjadi kan kami masih berdiri pada saat ni.
Janji aku pada diri sendiri, aku tak akan abaikan persahabatan ni bila nanti aku sudah memegang status berkahwin. Bagi aku perkahwinan bukan lah penghalang pada sebuah persahabatan yang telah lama terjalin.

Perkahwinan seharusnya mengembangkan lagi dunia kita, bukan menyempitkan kita. Mengembang disini tak bermaksud dok mengandung je, tp meluaskan jaringan kita dengan dunia luar. Hehe.

Ok itu saja, yang penting aku gembira sahabat baik ku tinggal 2 hari lagi akan jadi isteri orang, harap persahabatan kita akan terus kekal. Biar lah yang memutuskan nya bila kita pergi menghembuskan nafas terakhir.

Sayang sama ashie, we do have a strong bond like nothing i have with other friends.

Sunday, August 2, 2009

Tentang Ashie

Ini dedikasi untuk sahabat terbaik yang dah susah payah dan senang bersama.

10 perkara yang aku tak kan lupa bila kita berdua2an. Hehe.

1-Tido sekatil sambil bergosip tentang member, lelaki, mamat2, bachelor, guys, jejaka, family, artis, n ideology masing2.
2-Tonton late nite movie kat laptop.
3-Keluar makan2 di kedai tomyam warna seafood kat kg jawa.
4-Window shopping tak ingat rumah.
5-Sama2 mencuba gedik kan diri bila sang boyfriend tiada terutam di tomyam2.
6-Memandu malam2 ke Port Klang. Konon layan perasaan.
7-Cuci mata dalam kereta + sambil makan! I will miss this part sooo much. Huhu.
8-Masak2 kat rumah. Kita pernah wat karipap, laksa johor, spagheti, grill lamb, gulai udang, ohhhhh so gonna miss that.
9-Shopping kat tesco or giant for our cooking demo. Terasa macam isteri2 mithali waktu tu.
10-All the spontaneous thing we did together since we got driving license and car. Freedom for eternity! Kancil BHN7952 gonna miss ATOS BIRU dearly.

Akhirnya kamu ketemu jodoh pun, Alhamdulillah. Harap2 lepas ni kita boleh curi2 masa buat perkara2 diatas (yg relevan dgn title isteri mithali k! wink!) hehe.
I LOVE U ASHIE NIESHA!! Tak sabar nk jadi pengapit kamu.

Wednesday, June 3, 2009

Persediaan Tunang

Salam ketemu!

Minta maaf sebulan hilang kan diri, sibuk dan penat dengan kerja serta pelbagai alasan lain sampai tak lalu nk melayari internet. Facebook pun kejap tenggelam timbul. Bulan jun ni banyak khabar gembira yang diterima, antaranya:-

1-Dapat kerja baru! 28 jun perlu lapor diri di Putrajaya. Huhu pindah negeri, sayang..kita berpisah kejap ye sebelum awak dapat cari kerja kat sana. Sedih tang tu je. =(

2-Persiapan untuk tunang sudah beres! SEMUA dah lengkap kecuali barang makanan tak ada lagi la. Hahaha ada sumbangan 2 hantaran dari saudara nanti, bagus2 terima apa saja yang free!
Terima kasih daun keladi kepada abang hab ye untuk pemberian sagu hati majlis tunang ni. Hehe.

3-Kursus kahwin dah confim 20 dan 21 Jun ni, 22 Jun kami nak selesai kan borang2 untuk nikah yang patut ada termasuk buat ujian HIV. Nasib baik dah berhenti dari Tesco, tak payah gaduh berebut cuti sabtu ahad dengan staff lain. Muahahahaha..best berhenti dan dapat kerja baru!

Ok buat masa ni ini saja yang larat aku tulis, aku pos 2 gambar untuk majlis tunang aku nanti sebagai teaser je la. Abis majlis aku pos gmbar real nya. Hehehe. Bye!

Pakaian tunang yang sudah serba lengkap!


Dekorasi tunang yang jadi impian. Modern look!

Ok wait for updates in future ya!

Friday, May 8, 2009

hadiah untuk pengantin

Ini bukan cerita tentang aku mahu hadiah. Apa lagi nak demand itu ini (hint2 je). Memandangkan tahun 2009 ni ada ramai sahabat nak kahwin maka pening juga nak cari apa yang patut di hadiah kan, mmmm. Ok sejujurnya bila orang melayu nak pergi kenduri perkahwinan cuba teka apa hadiah yang diorang fikirkan pertama sekali???

a) set gelas/cawan
b) set pinggan mangkuk
c) set gelas + pinggan mangkuk
d) semua di atas

Jawapan anda?

Saya jawab D!!

Hehe betul tak apa yang aku beritahu kamu semua ni?
Kalau korang semua ada idea lain, atau rasa salah jawapan di atas, sila betulkan ye!

Jadi aku nak berbalik pada tujuan sebenar entri kali ini. Idea-idea memberi hadiah kepada pasangan pengantin baru selain gelas,pinggan dan mangkuk.

Bajet seminima RM 10 hingga seberapa mahal yang anda mampu.

1- Set sudu garfu
orang jarang bagi, tapi kita makan banyak guna peralatan ini bukan?

2- Set pisau
boleh guna di dapur, beli yang 1 jenis tanpa set pun ok, janji ada kegunaan.

3- Buku masakan / ilmu rumahtangga
nanti boleh pengantin leh manja2 cuba masak ala2 barat ke korea ke @ cuba teknik2 baru ke. wahahaha.

4- Cadar cerut
orang berkelamin mesti selalu tukar cadar bukan? anda sudah membantu perkara baik.hehe.

5- Tuala mandi
senang tukar tuala baru tiap minggu.Asyik mandi junub je kan. =)

6- Pewangi rumah
kamu beli yang set Ambi Pure tu, mampu 'mensensasi' kan rumah baru.

7- Bingkai gambar/ayat suci Al-quran
rumah baru kosong, gambar kahwin banyak, ada bingkai boleh hias!

8- Lilin / candle holder
membakar rasa romantis tau..

9- Tuala dapur
bagi 1 bundle, nanti senang lepas masak boleh lap!

10- Pasu gelas kaca
boleh buat deko rumah atau letak ikan emas. Comel.

11- Lampu
kamu bisa dapat lampu semurah ini di ikea.

12- Salt & Pepper shaker

13- Bekas rempah2

14- Cermin dinding

15- Jam dinding

16- Album gambar


Selebihnya, anda boleh cari dan fikirkan sendiri tapi tolong lah lari dari pemikiran menghadiahkan pengantin baru dengan set gelas serta pinggan mangkuk. Itu menunjukkkan anda tidak langsung mengenali siapa pengantin ni. Biar la rakan2 mak ayah pengantin belikan pinggan mangkuk, kita yang kenal siapa pengantin cari lah yang lebih berguna dan ada manfaat lain. Banyak2 pinggan mangkuk nak buat apa betul tak? Duduk pun baru berdua je, kalau ada mentua datang pun ala berapa kerat je. Hehe. Tapi buat yang lagi mampu, lebih baik hadiahkan barang elektrik, macam2 jenama ada! Jadi buat lah pilihan yang bijak dan berguna!

p/s: banyak kerja nak buat untuk tunang dan pindah kerja baru. Stress rasanya.

Tuesday, May 5, 2009

Ready to Wear!

Assalamualaikum!

Hari ni kami berjaya selesaikan outfit untuk pengantin lelaki! Lega nya! Cepat je baju laki siap, baju aku bulan 8 9 baru siap, huu kalau tak jadi entah sempat buat alteration ke tidak. Ok kita ikuti perjalanan kami di ipoh beberapa jam tadi!

Pukul 10.30 am

Berkunjung ke kedai pertama, Yip Fashion! Lokasi di Bercham berhampiran Giant Tambun, tukang jahit yang pakar jahit baju melayu dan pengantin. Kos jahit baju melayu lelaki RM150. Jahitan sangat kemas, dan tak sangka bila sharil dah pakai siap jadi tampan pula rupanya. Seri pengantin kot. Hehehe.







Sulaman di leher tu memang kemas

Dekat fitting room siap tulis cash term. Hahaha ingatkan customer jangan lupa bayar tunai.


Pukul 11.30 am

Lokasi kedua di Kompleks Yik Fong, nama kedai Master Tailor. Ini kedai jahit baju2 coat dan lelaki la. Tukang jahit tu memang sangat peramah, membantu dan baik! Sharil kata ini lah satu2 tukang jahit yang dia jumpa yang banyak bagi idea, bukan tanya sepatah jawab sepatah. Ok baju ni sharil akan pakai waktu sanding nanti, kami buat coat putih, kira tak payah pakai sampin dan tengkolok la. Gaya tradisional melayu untuk waktu bertandang nanti! Mak aku dan sharil bising juga tengok pilihan kami ni, kata tak cocok dan tak kena sebab majlis rumah. Ok kalau ikut memang la majlis ni tak buat kat hotel ke dewan besar2 ke, tapi tak salah pun nak cuba lain dari lain kan? Nanti gambar balik2 pakai tengkolok je. Tak tampan pula suami aku nanti asyik gambar kahwin tak nampak rambut. Hehe. Jumlah kos RM350 untuk 3 helai termasuk coat, kemeja, dan seluar. Murah tau.


Nak tengok sesuai tak dengan sharil, jangan lupa reserve tempat ke majlis kami nanti!

Tukang jahit, Mr Chai yang sangat baik. Totally recommended for ipoh folk. Great services!

Pukul 12.00 pm

Kami ke Ipoh Parade dan pergi ke kedai kasut Red Modani. Memandangkan sharil cemburu tengok dan behujah kenapa pengantin perempuan je dapat pakai all-white tapi lelaki tidak semasa majlis kahwin jadi aku pun setuju la bagi dia pakai kasut putih nanti. Lepas sanding nanti tak tahu la pakai bila lagi kan. Ini impian pengantin lelaki, sekarang bukan pengantin perenpuan je banyak ragam tau. Kasut RM129.00.

Hah lega baju sayang dah siap. Semua selesai untuk pengantin lelaki, lepas ni nak cari baju untuk pengapit lelaki dan perempuan pula!

Nota :

Ashie niesha, nama pengapit lelaki Saiful tau. Pemalu orangnya, nanti kamu datang ipoh kita berempat shopping cari kain untuk kamu berdua ya!

Sunday, May 3, 2009

idea resepsi

Seringkali menghadiri perkahwinan orang, aku banyak buat pemerhatian tentang tradisi orang melayu mengadakan sesuatu majlis dan kenduri. Suasana riuh rendah dan tolong menolong masih ada walau tak sehebat dulu. Almaklum dengan kehadiran syarikat2 katering, segala lebih mudah. Setengah tempat di pasangkan musik dengan deejay, siap ada karaoke lagi. Ada juga yang kekalkan elemen lama dengan selitkan pemain musik tradisional ala kugiran lama2. Ada yang masih kekalkan juadah berhidang kepada para tetamu, tapi paling banyak gaya buffet la. Suasana berbeda pada tiap kawasan diikuti taraf tuan rumah, kalau di rumah lebih ringkas majlis yang diadakan manakala kalau di hotel atau dewan tampak lebih hebat dengan dekorasi bunga dan pelbagai lagi.


Bagi aku pula, aku ada impian yang memang aku nak sangat tapi aku tahu sangat mustahil dan pasti di bantah ibu bapa. Majlis perkahwinan @ majlis akad nikah yang berlangsung di pantai, itu lah yang diidam kan. Yang hadir pun tak sampai 50 orang, hanya keluarga dia dan aku serta rakan yang paling rapat. Majlis di mana tema nya semulajadi, dekorasinya lautan biru dan pasir putih, musik nya deruan ombak, cahaya nya dari bulan dan lilin. Tapi nama pun impian kan? Agak mustahil jadi realiti dalam budaya kita. Kecewa sikit tapi aku pasang impian untuk realisasi kan bila ulangtahun nanti. Hehe. Hidup mesti ada harapan dan tujuan, tak bermakna sekarang tak dapat ia akan terkubur selamanya.



Jadi setelah banyak bacaan dan pemerhatian tentang aturcara majlis kahwin, ini antara idea yang ingin aku selitkan :-


1- Khemah majlis ditutupi kain putih dan tetamu masuk dari 1 arah saja dimana setiap tetamu akan di foto kan dahulu. Gambar lantas di cetak dan tetamu boleh tulis kata2 nasihat, tip2 atau mungkin resipi keluarga yang boleh di cuba kami.



2- Musik di mainkan guna mp3 saja bagi mengelakkan berkumandang suara karaoke lagu2 jiwang melayu yang sangat aku tak suka. Contoh lagu spoon ke, dangdut ke. Tidak, tidak, tidak, lagu2 begitu haram di majlis aku. Lebih baik dendangan nasyid yang lembut penuh nasihat, atau musik instrumen dari kitaro @ mana2 musik tanpa lagu. Aku suka begitu. Tenang dan sangat romantis.


3- Penataan cahaya majlis penting buat aku. Kalau dapat, aku mahu lampu kalimantang itu tidak digunakan sama sekali. Cahaya dari lampu yang kekuningan dan malap ditambah lilin dari vanilla, itu aku mahu.




4- Majlis akad nikah di adakan dengan tetamu yang rapat sahaja, hidangan atas meja ala gaya makan keluarga. Setiap tempat sudah khas nama dan cenderahati.




5- Meja pengantin menggunakan meja bulat kecil, yang mana pengantin duduk berdua dengan makanan yang sudah siap potong kecil2. Tak perlu ayam seekor depan pengantin. Bukan dapat makan pun, tayang gambar je. Aku mahu meja untuk 2 orang biar lebih romantis dan tak perlu rasa di perhatikan orang.




6- Untuk tetamu, aku berharap ada yang sudi beri ucapan dengan ikhlas saat majlis diadakan. Boleh jadi kan video perkahwinan lebih menarik. Hehe. Asniza, abang zul dan abg hab, take note ye this part.


7- Jurugambar majlis aku wajib foto kan semua yang hadir. Aku tak mahu album penuh dengan gambar pengantin asyik posing atas katil dan peluk2 tipu. Fake sangat. Aku nak gambar yang candid dan bukan di buat2.


8- Hiasan majlis mesti ada elemen bunga. Bagi aku, tanpa bunga ia bukan 1 majlis perkahwinan. Tidak perlu yang grand, cukup beberapa kuntuman bunga di dalam pasu kecil di atas meja tetamu.




9- Centrepiece selain bunga dan lilin, aku nak yang boleh dimakan. Umpama nya balang gula2,kuih2 lama dan moden, jadi cantik dan praktikal.




10-Aku mahu ada 1 buffet untuk dessert sahaja. Semua candy, coklat, kuih, biskut, pastri dan lain2 dalam 1 meja. Its a heaven and sweet treat untuk semua. Lagi bagus dapat chocolate fondue. Mmmmm.






11-Musik Canon in D Pachellbell mesti ada di majlis akad nikah nanti mungkin sebagai background musik kala menunggu akad nikah dan ketika acara batal air sembahyang. Gema kompang yang asli bukan dari cd pula ketika tiba rombongan lelaki di majlis sanding.

Kamu fikir boleh tak idea resepsi aku ini di jaya kan?

Friday, May 1, 2009

Kek

Tadi baru lepas google tentang kek kahwin dan aku terjumpa 1 gambar yang sangat ngeri.
Lihat dan istighfar.

teka mana kek dan mana pengantin?

Seram kan? Huhu.

Ee kalau la aku yang menghadiri majlis ni, pasti aku tak makan kek nya. Part atas badan kek tu boleh makan ke? Hahahaha..suami dia gigit dan telan sendiri dah la. Astaga.

Ok kesimpulan nya aku memang tak kan buat kek sebegini rupa, bagi aku pengantin2 ni tak payah la over nak tunjuk kan wajah mereka dekat semua orang. Dah la kad jemputan ada gambar, dekat rumah ada bunting dengan banner bergambar, cenderahati ada tag terima kasih gambar, ini kalau kek pun ada muka sendiri, alahai dunia ni memang penuh dengan manusia terlebih sedar diri. Bagi aku nak nampak kan elemen personaliti pasangan pilih la satu initial atau signature, contoh logo nama. Macam sharil dan aku jadi N&S atau J&S. Itu nanti aku tulis dalam entri lain. Bingung juga fikir tentang initial nama.

Berbalik pada wedding cake, ada macam2 jenis. Bulat,empat segi, heksagon, 1 2 3 4 5 tingkat,cupcakes tier, fondant, buttercream dan seterusnya terma2 kek lain. Mana satu yang sesuai?

Kalau majlis di dewan atau hotel boleh la sewa dummy cake yang di sediakan yang sampai 10 tingkat tu, tapi kan nampak sangat kek palsu nya plus gambar orang lain yang kahwin kat situ pun ada gambar kek sama! Sooooo fake! Jadi pilihan yang ada kita tempah kek satu!

Jadi bila pergi nak kek warna apa? Itu tak jadi masalah, ikut tema majlis lah. Selesai satu.

Nak krim macam mana? standard kek guna buttercream, tapi wedding cake cantik kalau guna fondant yang macam keras tu. Nampak kukuh sikit pun, letak terbuka mana tahu ada tangan gatal usik kan. Di sebabkan belum jumpa pembuat kek yang sesuai nanti la aku blog pasal ni. Nak menulis cari idea pun jadi blur. Lepas ni boleh ajak sharil atau as pergi cake tasting! Hehe..love the tasting part!

Ok ini antara contoh2 kek yang aku minat.

Pink yang sweet.Cadang nak buat satu untuk tunang, satu tier je sudah. Tak perlu over ok?



Unik. Can be considered! Tanya sayang suka tak.


Klasik sangat. Pilihan top tiga.


White chocolate ganache. Suka reben tu.

Kena tema sanding. 2 tier ok lagi kot?


Aha. Love this one.

Perasan apa persamaan semua kek di atas?

Bentuk yang sama, bulat. Semua bulat boring la, nak cari yang empat segi atau heksagon. Mungkin nanti bila bincang dengan kedai kek boleh mintak buat macam hiasan di atas tetapi bentuk saja lain.

Em lagi satu kamu rasa patut tempah kek mulai pembuat kek berprestij dari blog2 kek atau lebih baik walk-in di kedai? Itu pun perlu di pertimbangkan. Senang di kedai. Tapi yg banyak aku berkenan kek nya datang dari blog2. Nanti la bincang dengan sayang. Ok jumpa lagi!






Wednesday, April 29, 2009

Hantaran Tunang


dulang dan gambar dari 4weddingku.fotopages.com

Majlis pertunangan kami insyaAllah akan berlangsung pada 27 Jun 2009. Mula2 rancang lepas merisik tahun lepas nak buat bulan Mac tapi sebab kan kakak haril pula nak bertunang, di tambah kesibukan aku dan sharil jadi kami tangguh kan ke Jun. Kira tunang buat syarat je pun , nak tambah kemeriahan rumah sebab kami memang tak pernah buat kenduri lagi kat rumah ni, open house pun tak.

Ok apa kamu semua kena tahu trend orang perak ni kalau memberi hantaran kalah orang2 kl tau. Nak tau kenapa? Sebab sekali bagi hantaran boleh jadi berpuluh2! tak percaya? Hahaha cuba la datang majlis tunang orang perak lepas ni! Barang nya setakat 6 7 dulang je, tapi makanan tu selalu extra 10-20 dulang! Betul tak tipu! Bukti, tunang kakak sharil hari tu lebih dari 20 dulang la hantaran nya, haa nanti aku upload dari kamera sharil. Ala yang extra2 ni sebab saudara2 dan jiran2 yang bawa hantaran,kira sumbangan dari diorang la. Hehehe tapi makanan macam kek,kuih,coklat,manisan dan perosak2 gigi yang lain.

Tapi untuk majlis aku dan sharil kami sepakat mengelak saudara dan sesapa pun tambah dulang yang kami dah rancang cantik2 tu. Nanti ada pula yang bagi hantaran coklat buat rumah la istana la, eee tak lawa sungguh. Old stlye habis..tu belum campur yang bagi hantaran beropol2 ke berjurai2 ke, huu saya tak nak sungguh.

Jadi kami putuskan akan beri 13 balas 15!

Tema dan konsep hantaran aku ala-ala moden + english garden rona putih pink. Aku akan menggunakan dulang hantaran seperti di gambar atas, dan aku sewa dari 4weddingku. Lebih praktikal dan murah!

Untuk sharil dia akan guna kan konsep tradisional. Dulang dari kayu coklat jadi memang kontras dengan tema belah aku! Hehe tapi sayang aku ni bagus suka DIY, so semua hantaran dia akan buat sendiri. Yang aku pula seorang yang MALAS so aku tempah je dekat Kak intan ni.

Ok itu saja, nanti dah habis majlis tunang baru aku upload 1 1 gambar hantaran ok!

Bye!






Tuesday, April 28, 2009

Bunga tangan



ros merah
inspirasi untuk resepsi perempuan



bunga pelbagai jenis dalam krim putih
inspirasi untuk nikah

Campuran warna dan bunga
inspirasi untuk tunang


Di atas contoh2 bunga tangan yang menjadi idaman, sekarang tak pasti kombinasi warna yang sesuai untuk tunang dan nikah. Untuk resepsi perempuan dah tau dah. Hari tu balik dari Cameron dah testing buat red roses bouquet, nanti aku upload melalui telefon bimbit.

Yang pasti bunga2 ini aku akan guna bunga segar atau cari silk flower. Nak bunga2 ni nampak real bukan plastik.Kemungkinan untuk bunga nikah nak guna bunga sabun, jadi boleh preserved sampai bila2. Kos lebih sikit kot. Apa pun kalu kamu semua ada cadangan untuk warna bunga yang sepadan dengan baju, beritahu ya!

Jenis Baju

Baju tunang - Kurung Songket rona merah jambu

Baju nikah - Kurung Sutera dan Sifon rona krim

Baju sanding - Kebaya labuh rona putih silver

Tema Majlis

Tunang - Putih dan Pink

Nikah - Krim

Sanding - Merah maroon dan putih
















kilat-kilat

Hehe jangan ingat tentang kahwin kilat, bahaya tu.

Tadi baru lepas balik kedai langsir kat kampar, tempah langsir untuk tunang dan nikah. Bawa mak tersayang teman kan sebab aku bab pilih2 kain reti tapi kalau dah masuk tang ukuran ni memang bodoh alang. Terma2 sekeping setengah la,kedut itu ini, belah sana sini, sambung tengah jahit apa la, bikin akal blur saja. Yang aku tahu aku mahu langsir tingkap panjang sampai lantai dan tidak sekali2 ada elemen shining atau kilat-kilat!

Im very lucky to have a traditional mother yet very modern in term of choosing fabrique and design! Bukan apa deh, orang kedai suka suggest kan kain satin buat langsir lepas tu letak batu manik2 la, buat ropol2 la..eee cik nurul jannah memang tak suka sangat la! Tetapi nasib baik mak banyak mencelah beritahu kami nak cari yang kain elok dan berkualiti sikit, bukan terlalu mahal tapi tak terlalu murah macam satin tu. Lepas tu mak bilang lagi bilik ni kami nak design simple sesuai untuk orang muda. Hah betul2 mak! Tak payah letak kepala langsir bagai rumah mak datin tu.

Jadi hasil tinjauan kedai, inilah yang kami tempah :

1) Kain langsir jarang (putih)
+ kain langsir tebal (off white)

Untuk 6 panel tingkap + 1 pintu = RM370.00
Murah kan?
Design ringkas ada belah tengah dan panjang hampir ke lantai.

Kain tebal tu hanya RM 12.50 semeter, yang jarang tu dalam RM 7 semeter. Tapi nak kata untuk tunang nanti tema pink putih jadi kenyataan! Sekarang nak beli cadar pula, ingat hujung Mei nak pergi ikea tengok quilt set putih. Aku suka gaya2 moden dan polos ni. Masa kat kedai tadi pun ada jual set cadar, tapi mak aiihh semua shining2! Eeee tak lalu den tengok, dah la beropol dan bersulam, ni dia guna kain satin lak tu! Huuu mak dan aku sependapat ini memang old style habis, mak cuma pesan nanti cari la yang cotton, lepas kahwin pun boleh guna untuk katil sendiri. Bukan terperap dalam gerobok (almari ye) sebab nak pakai baring pun tak selesa.

Jadi, nasihat aku kalau nak hias bilik tidur tunang ke pengantin ke, beli la yang boleh di guna semula. Pasti kan selesa dan relevan sepanjang zaman. Satu trend sekarang orang suka sewa, ala weh tak payah la sewa2 ni. Selagi boleh beli, baik kamu semua beli walau duit keluar lebih sikit. janji hujung nanti kamu boleh guna pakai, bukan hantar balik! Rugi sebenarnya sewa baju dan cadar!

Untuk majlis nikah dan resepsi, tema maroon. Kain langir kami beli dari Riamoda beberapa bulan lepas, jumlah belanja dalam RM700 untuk kain langsir 1 rumah. Tempah pada home tailor saja, harga belum tahu. Yang pasti untuk langsir2 semua sudah beres! Yeay! Kurang satu!


















Friday, April 24, 2009

baju sanding



Ketemu lagi!

Ok, apa pendapat korang tentang baju ni?

Aku suka gila baju ni. Suka sangat2.

Baju ni hasil rekaan encik ismail dari butik udaimatunnur @ syahirah di rawang tu. Harga sewa? Huhu tak perlu di sebut tepat tapi nilai yang pasti dari RM1000 & keatas.

Mula2 nampak baju ni dalam suratkhabar aku terus jatuh cinta, terbayang2 diri dalam baju tu tapi dalam rona putih atau cream (i dont fancy yellow at all,ok?). Aku jumpa baju ni sebelum cancel butik aida. Lepas bala kat aida, aku dan sayang pergi la sana untuk tanya tempahan baju. Dari sewa baik tempah yang baru, betul tak? At least baju baru dan custom made dengan badan aku.

Dapat quotation aku beli fabrik dari Riamoda & Maya Silk. Mula2 pergi Gulatis kat SACC Mall, jumpa kain idaman tapi sales specialist macam sial pandang dan layan aku macam tak mampu beli kain (nampak muda cam budak uitm lagi kot..hehe). Apalagi, blah dan cari kat Maya Subang. So ini la hasil pencarian :

1-Sutera Crepe 7 meter (rona off white)

2-Lace 2 meter (rona white silver)

Ongkos nya : RM 700 (fabrik sahaja)

Kalau termasuk upah RM450 + beading RM*** = Total kos sepasang RM****

Wahahahahaha pekara ini dirahsia kan sama sekali dari penggetahuan mak, abah, dan bakal mertua! Bising weh nanti! Bazir katanya..

Tapi aku guna duit aku pun, apa guna kerja kalau tak belanja untuk diri sendiri betul tak?

PUAS HATI.

Hah sapa nak tengok hasil baju ni macam mana jangan lupa daftar kan nama anda sebagai tetamu majlis!

Jumpa lagi!





Thursday, April 23, 2009

butik aida

Di malaysia ni memang banyak butik2 kahwin yang ada, dari kecil hingga yang tahap lalu pun segan nak menjenguk. Tapi yang pasti bila memilih kena fikir sehabis mungkin sebelum kita letak wang depositnya.
Nak dijadikan cerita, mula-mula selepas majlis merisik aku dan sharil terus pergi ronda 1 ipoh check out all availables boutique dan pakej nya. Memang nak hujung tahun banyak la yang buat promo itu ini kan tapi sebab kami pun tak confirm ceremony date jadi takut la nak booking awal. Habis 2 minggu browse semua tempat, kami putus kan nak pilih butik aida berhampiran Tesco Extra Ipoh. Faktor utama pemilihan sebab orang pertama yang layan kami punya la baik gila, abg zaid ni kira spouse owner butik tu. Lawatan pertama kitorang puas hati sangat sampai aku jadi terlebih excited sebab baju2 dia memang lawa dan ngetop habis (perak rate & quality laa)! Lagi pun harga diorang munasabah, tu bila minggu depannya kami datang wat booking dan bayar deposit RM200.
Kami putuskan nak ambil pakej RM1200 yang ada 3 pasang baju + pelamin asas dan bayar monthly untuk kurang kan feel duit lump sump keluar macam air. Tapi bila kunjungan bulan seterusnya kami tak dapat jumpa abang zaid sebab dia sibuk dan kami pun jumpa la dengan insan bernama kak su, adik ipar abg zaid @ adik owner la. Nak di pendekkan cerita, awal perbincangan lagi aku dah naik panas dengan dia sebab persoal kan pakej aku amik sebab banyak perubahan aku buat tapi bayar harga sama. Eh bukan lah salah aku kan pandai bincang dengan abg zaid nak dapat best deal? Encik Sayang cepat2 backup aku bile tengok muka aku memang macam nak eeeee ngap2 kak su tu. Hari tu aku pulang dengan rasa meluat benci dan marah bukan pada butik aida tapi pada orang tu.
Tapi aku ni kan konon baik dan suka bagi peluang, jadi aku pun datang la sebulan lepas tu dengan hati suci bersih jumpa kak su untuk pilih baju. Ok, aku paham nak kahwin hujung tahun 2009 tapi pilih bulan februari tak ke melampau awal tu? Tapi aku tak kisah, baju aku pilih pun bukan yang gah2 sangat tapi gaya manis dan ringkas je. Bukan apa, korang kena paham pemilihan baju ni ada lah 5% je dari keseluruhan perkahwinan ni. Aku pulak selagi tak tetap kan apa nak pakai aku jadi tak tenang otak. Nanti bila tengok majalah ada design baru teringin nak itu ini. Aku tak suka serabut otak fikir baju baju baju..dan aku kasihan pada sayang sebab dia la dok kena dengar angan2 dan celoteh aku nak macam2. Kasihan dia tau.
Ringkasnya, kunjungan jumpa kak su kali kedua telah bikin hati aku lebih hangat dari dulu. Sampai kesimpulan yang aku buat AKU BENCI KAK SU BUTIK AIDA.
Balik je dari neraka Aida aku jadi tinggi suara dengan sharil sebab aku punya pendam amarah dekat kak su tu. Itu pertama kali sharil nampak aku betul2 lost temper, sampai rumah aku fikir2 deposit RM400 tu aku tak heran pun burn janji aku dah tak ingin nak pergi dan jumpa kak su ke sapa2 ke kat Aida tu.
Sekarang, atas perbincangan sharil kami batal kan pakej dan sewa sepasang songket je itu pun bila sharil rasa rugi je burn kan duit tu dekat orang yang kita benci. Jadi dapat 1 baju bertandang.

Kesimpulan dari cerita panjang lebar aku ni, bila anda nak pilih butik pengantin untuk apa tujuan pun, cari orang yang memang hargai anda sebagai pelanggan, bukan memilih pelanggan atau bukan yang skeptikal dengan idea2 baru pelanggan. Sejujurnya, berkerjasama dengan orang yang kata tu tak boleh ini tak boleh atas alasan tak sesuai (cakap je la malas nak buat kan?), memang sakit kan jiwa raga.

Dan jangan letak deposit awal sangat macam kesilapan aku buat! Kenal dan perhatikan hubungan dia dengan pelanggan macam mana,selepas puas hati baru la letak deposit.
Pilih la butik pengantin mesra alam lepas ni ye!

Salam Permulaan!

Sekali kagi, cubaan keempat untuk memblog kan diri! InsyaAllah akan aku cuba untuk update regularly, tapi isi entri nya hanya terjerumus ke isu kahwin dan mungkin selingan tentang kisah cinta bakal pengantin ni. Kalau tak suka atau rasa menyampah dengan orang nak kahwin ke apa, sila lah berkunjung ke blog yang lebih sesuai. Aku di sini hanya untuk rekod kan detik detik yang pantas saja berlalu, ini pun dah banyak benda miss. Terima kasih untuk yang sudi!