Wednesday, October 27, 2010

Setahun sudah!

Salam!

25 oktober 2010

Double celebration for me!

Hari lahir aku yang ke 24
& Ulangtahun perkahwinan pertama aku dan sharil.

Yippee!

Cepat betul masa berlalu kan?


Tanggal 25 Oktober 2009, aku selamat dinikahkan kepada lelaki tercinta ketika usia aku genap 23. Sekarang, pejam celik dah setahun kami hidup bersama. Alhamdulillah, cinta dan kasih sayang masih kukuh dan makin bertambah hari ke hari. Terima kasih ya Allah kerana memakbulkan doa aku dan dia, daripada jadi suami isteri yang PJJ selama 6 bulan, akhirnya kami dapat duduk sebumbung sehingga sekarang. Kalau tidak asyik meroyan rindu je, hehe.

Sayangnya belum genap setahun kami bersama, ayah mentuaku dah pergi dulu. Sedih tengok video pernikahan bila nampak gambar abah dan sharil berpelukan. = (
Sekarang semua tinggal kenangan, semoga abah bahagia di sana. Al-Fatihah.



So untuk double celebration 25 okt hari tu, kami tak pergi jauh2 pun. Masa dan bajet tak mengizinkan buat masa ni, jadi kami plan buat candlelight dinner sendiri di Restoran No 30 Sekiah Makmur, hehe..lagi seronok sebab leh pakai baju seksi, hahahha.
(gambar di atas untuk umum, so aku dan dia cover up la..hehe)


Ini menu malam 25 okt 2010 harri tu, lets check out our simple dish!

appetizer
tomato stuffed with chicken bolognese & cheese

main course
grill lamb with baked potato & mixed vegetable & black pepper sauce!
(hee aku suka lamb dan baunya, wangi...yummm..)

roasted beef with baked potato & mixed vegetable & black pepper sauce!
(sharil suka lembu, tak tahan bau kambing..hehe)

dessert
Kek Indulgence & Double Dutch Ice Cream

BUURPPP....secara jujurnya, sampai main course je aku dah kenyang dan tak lalu makan dessert, tu sebab bazir kalau aku makan course set ni kat hotel @ restoran. Gerenti main course pun tak habis!


Hehe apa pun malam tu memang best, dengan lilinnya, alunan musik (pasang cd lagu2 piano..siap menari skali), makanan yang sah2 sedap dan bersih (hehe tu untung masak sendiri), minum sparkling juice, lepas tu dapat pula surprise bunga dari sayang, lagi buat kan keseluruhan malam tu sangat romantis!

Compare dengan last candlelight dinner masa honeymoon last year that cost us RM300, kali ni lebih romantik, selesa, sedap dan tak mahal pun!

Bila dah besar ni, hadiah yang ternilai bagi aku adalah orang yang disayangi ada di sekeliling kita dan mengucap n mendoakan kebahagiaan aku.

Walau pun tak dapat belikan sharil hadiah anniversary dan vice versa, tapi a little surprise macam flower tu pun dah cukup menggembirakan. =D
Yang penting sayang masih ada bersama, because he's the greatest gift i can ever get. Muuaaah! Sayang awak sharil, semoga cinta kita kekal ke akhir hayat dan akhirat nanti.

Terima kasih sangat pada abah,mak,abg zul, abg hab, adik, ashie, dan semua rakan2 yang banyak wish dan masih berada dalam hidup insan bernama Nurul Jannah Supian ni, sayang semua!! Muuax!


p/s : By the way, sabtu lepas dah pergi genting! Geeeee..malangnya balik seronok2 tu aku keracunan makanan, asyik muntah2 je. Haaa lega sekarang dah ok..ti aku upload gambar kemudian ok! taa!



1 comment: