Tuesday, May 5, 2009

Ready to Wear!

Assalamualaikum!

Hari ni kami berjaya selesaikan outfit untuk pengantin lelaki! Lega nya! Cepat je baju laki siap, baju aku bulan 8 9 baru siap, huu kalau tak jadi entah sempat buat alteration ke tidak. Ok kita ikuti perjalanan kami di ipoh beberapa jam tadi!

Pukul 10.30 am

Berkunjung ke kedai pertama, Yip Fashion! Lokasi di Bercham berhampiran Giant Tambun, tukang jahit yang pakar jahit baju melayu dan pengantin. Kos jahit baju melayu lelaki RM150. Jahitan sangat kemas, dan tak sangka bila sharil dah pakai siap jadi tampan pula rupanya. Seri pengantin kot. Hehehe.







Sulaman di leher tu memang kemas

Dekat fitting room siap tulis cash term. Hahaha ingatkan customer jangan lupa bayar tunai.


Pukul 11.30 am

Lokasi kedua di Kompleks Yik Fong, nama kedai Master Tailor. Ini kedai jahit baju2 coat dan lelaki la. Tukang jahit tu memang sangat peramah, membantu dan baik! Sharil kata ini lah satu2 tukang jahit yang dia jumpa yang banyak bagi idea, bukan tanya sepatah jawab sepatah. Ok baju ni sharil akan pakai waktu sanding nanti, kami buat coat putih, kira tak payah pakai sampin dan tengkolok la. Gaya tradisional melayu untuk waktu bertandang nanti! Mak aku dan sharil bising juga tengok pilihan kami ni, kata tak cocok dan tak kena sebab majlis rumah. Ok kalau ikut memang la majlis ni tak buat kat hotel ke dewan besar2 ke, tapi tak salah pun nak cuba lain dari lain kan? Nanti gambar balik2 pakai tengkolok je. Tak tampan pula suami aku nanti asyik gambar kahwin tak nampak rambut. Hehe. Jumlah kos RM350 untuk 3 helai termasuk coat, kemeja, dan seluar. Murah tau.


Nak tengok sesuai tak dengan sharil, jangan lupa reserve tempat ke majlis kami nanti!

Tukang jahit, Mr Chai yang sangat baik. Totally recommended for ipoh folk. Great services!

Pukul 12.00 pm

Kami ke Ipoh Parade dan pergi ke kedai kasut Red Modani. Memandangkan sharil cemburu tengok dan behujah kenapa pengantin perempuan je dapat pakai all-white tapi lelaki tidak semasa majlis kahwin jadi aku pun setuju la bagi dia pakai kasut putih nanti. Lepas sanding nanti tak tahu la pakai bila lagi kan. Ini impian pengantin lelaki, sekarang bukan pengantin perenpuan je banyak ragam tau. Kasut RM129.00.

Hah lega baju sayang dah siap. Semua selesai untuk pengantin lelaki, lepas ni nak cari baju untuk pengapit lelaki dan perempuan pula!

Nota :

Ashie niesha, nama pengapit lelaki Saiful tau. Pemalu orangnya, nanti kamu datang ipoh kita berempat shopping cari kain untuk kamu berdua ya!

4 comments:

  1. huuu...so whiiite sharil nye baju..
    to sharil >> ko jangan period plak nnti hbis merah berdarah bj putih tue.
    eh ni sewa ke beli murah sgt rm350 tue?

    uuu..yaaay...uuu
    kna cpat2 slim leh fitting baju cecantik!

    ReplyDelete
  2. custom made ma..tu la price kat ipoh ni memang masih murah banding kat kl selangor sana..hehe..mari la tempah baju di perak!

    *psss*
    kmu tak yah nak slim2, yang penting dress fit pada kamu, bukan kamu fit pada dress k! Love ya bff!

    ReplyDelete
  3. kami di syarikat pernec paypoint ada menyediakan ruang pengiklanan dgn harga serendah rm200 sahaja.jika pihak tuan berminat sila layari blog kami atau hubungi di no yg tertera 019-4491031

    ReplyDelete
  4. Kalau nak pesan jahitkan jas guna online boleh ke tak?

    ReplyDelete