Wednesday, August 5, 2009

Melepaskan

Pertama kali dalam hidup ni aku dapat merasakan perasaan bila kita terpaksa melepaskan seseorang tu pergi. Hakikatnya melihat seorang sahabat yang di sayangi melangkah ke alam perkahwinan umpama rasa ditinggalkan, dan dipisahkan. Sejujurnya sebelum ni aku tak pernah rasa kehilangan sebagaimana yang dirasakan sekarang, mungkin kerana aku yang tak bersedia untuk melepaskan dia pergi lagi.
Sebagai sahabat aku wajib menyokong keputusan yang telah dibuat, walau hati terasa berat melihatnya. Untuk itu sepanjang tempoh 2 bulan yang lepas aku banyak mendengar dan membaca tentang perasaan ini sebagai terapi untuk aku.
Alhamdulillah memalui pembacaan, perbualan yang jujur dan luahan hati sebenar, aku sekarang lebih memahami apa itu persahabatan, dan isu2 yang perlu aku terima tentang perbezaan dunia persahabatan dan perkahwinan.
Aku harus akui kadang2 kita tak sependapat dalam sesetengah perkara tetapi akhirnya aku perlu sedar itu adalah hak individu yang mana kita sebagai rakan hanya berada di sisi memberi sokongan, nasihat, bantuan dan apa yang terdaya kita berikan.
Sepanjang 10 tahun aku menjadi seorang sahabat, baru kali ni aku boleh mengerti apa itu sahabat yang sebenar.
Banyak perkara pahit dan manis yang aku lalui sepanjang persahabatan kami, kalau nak dikira memang tak terkira. Semua tu memori yang memang tak kan lupa, itu lah memori yang mematangkan kami sikit demi sikit, sokongan yang diberikan dalam 10 tahun tu lah yang menjadi kan kami masih berdiri pada saat ni.
Janji aku pada diri sendiri, aku tak akan abaikan persahabatan ni bila nanti aku sudah memegang status berkahwin. Bagi aku perkahwinan bukan lah penghalang pada sebuah persahabatan yang telah lama terjalin.

Perkahwinan seharusnya mengembangkan lagi dunia kita, bukan menyempitkan kita. Mengembang disini tak bermaksud dok mengandung je, tp meluaskan jaringan kita dengan dunia luar. Hehe.

Ok itu saja, yang penting aku gembira sahabat baik ku tinggal 2 hari lagi akan jadi isteri orang, harap persahabatan kita akan terus kekal. Biar lah yang memutuskan nya bila kita pergi menghembuskan nafas terakhir.

Sayang sama ashie, we do have a strong bond like nothing i have with other friends.

No comments:

Post a Comment