Tuesday, August 31, 2010

Dia yang sudah 24

Selamat hari lahir ke 24 sayang!


Hari jumaat lepas merupakan ulang tahun ke 24 En. Sharil Mat Esa, 1st time ni celebrate birthday dia as my hubby, nak buat surprise untuk dia memang la susah. Bukan susah apa, aku jenis yang pergi kemana mesti dengan dia, lepas tu selalu bab-bab surprise ni dia yang pro sikit kalau aku buat mesti tak jadi surprisenya. Huhu.

Pendekkan cerita aku plan dengan kawan dia Epoy dan Intan melalui SMS je, untuk bagi kejutan masa kami buka puasa ramai-ramai di Heritage Hotel sabtu lepas, ni hotel tempat lama dia berkerja..so memang semua orang dia kenal. Hampir-hampir dekat pukul 9 kami pun surprise kan dengan sebiji kek aiskrim Brownie Bunch @ Baskin Robbin dengan iringan musik piano lagu Happy Birthday.
Hehe..yang kelakarnya muka sayang sangat blur masa dengar lagu besday tu, siap kata "besday sape ni? besday sape ni?" memang blur sangat sayang masa tu. Sebab dia memang tak expect langsung yang aku boleh plan sesuatu tanpa dia dapat bau-bau bacang pun (hahahahhaha..berjaya!).

Best part sepanjang perjalanan balik tak henti-henti dia senyum kat aku. Ooo rasa berbaloi sangat bila dapat buat dia gembira dan terharu. Dia sendiri yang bilang dia rasa tersentuh, sebab sepanjang dia kerja kat hotel tu dia yang selalu jadi tukang bawak kek untuk surprise besday guest yang request, kali ni setelah 5 tahun pernah berkerja di situ dia pulak jadi guest itu.

Terima kasih daun keladi untuk semua rakan-rakan F&B dan Kitchen di hotel Heritage Ipoh sebab memeriahkan a simple birthday surprise untuk Sharil. Aku tahu dia memang tak akan lupa sampai bila-bila, itu pasti. =)

Buat sayang,
Nurul doa yang terbaik untuk awak Sharil sayang, InsyaAllah cinta dan kasih sayang kita akan kekal hingga ke Al- Jannah. Amin. Mmmuah!

p/s : Besday gift awak kita pergi jalan-jalan kat genting tempat lama kita dating ok!
Mari menghidupkan zaman nakal ketika itu, hehe.




1 comment: