Tuesday, August 31, 2010

Jalan-jalan Pulau Jawa

Kawah Ijen dekat Surabaya-kalau tak silap saya

Tahun 2011 sudah ada perancangan untuk ke Pulau Jawa, 3 kawasan yang menjadi perhatian iaitu Surabaya, Yogyakarta, dan Bandung. Asalnya nak bawa member baru kahwin honeymoon di Bali, tapi bila di fikirkan semula Bali baru je pergi tahun ni so cari tempat baru nak di lawati. Sorry ye nazim, kak liya sebab terjanji awal nak pergi bali sama-sama, tapi kalau ada tiket murah nanti kita cuba plan sama-sama lagi ok!

Nasib baik ada abang kandung yang bakal jalan-jalan sekali, so dapat jimatkan kos. Hehe.

Buat masa ni aku dah dapat tempah tiket pulang dari Bandung ke KL pada harga RM16 je untuk 2 orang..sekarang tengah tunggu promo Airasia untuk tiket pergi ke Surabaya pulak.

So apa yang best kat tempat-tempat ni?

Ini salah satu pura @ temple di yogya

Semestinya makanan (nyum..nyum) dan melihat keindahan alam, meluaskan pemandangan dan membuka fikiran. Itulah tujuan aku nak jenjalan, melihat tempat orang dan kehidupannya. Sayang pergi Bali hari tu tak dapat makan makanan tradisi di sana sebab guna haiwan itu, hehe..kalau lah itu lembu kan best..umm lembu guling ganti babi guling..sodap kot!

Mount Bromo -kalau tak silap pemadangan dari Mt. Penanjakan

p/s : gambar di atas secara am je tempat-tempat nak pergi, selain itu kena sampai sana baru tahu sendiri. Aku bakal ambil cuti hampir 2 minggu nak pergi sana..hee tak sabarnya!!

No comments:

Post a Comment